Amalan Perubatan Tradisional Masyarakat Melayu Sarawak

Icha Andari Pujianingrum

Amalan Perubahan Tradisional Masyarakat Melayu Sarawak


 Akibat modenisasi dan arus globalisasi amalan budaya tradisional yang diamalkan oleh golongan tua dalam masyarakat Melayu

Sarawak yang semakin kurang dipraktikkan mahupun diketahui oleh generasi muda. Justeru, kajian ini akan menampung kelompangan ini, iaitu bertujuan untuk mendokumentasikan amalan-amalan perubatan tradisional seperti ‘beconteng’, ‘bepaus’, ‘bekebo’, ‘besembor’, dan sebagainya yang sering diamalkan oleh generasi lama masyarakat Melayu Sarawak apabila menangani masalah-masalah ringan berkaitan kesihatan seharian mereka.


Sorotan kajian amalan perubatan tradisional

Amalan perubatan tradisional merupakan salah satu daripada tradisi yang penting diamalkan oleh sesebuah masyarakat secara turun temurun. Antara kajian yang meneliti amalan perubatan tradisional ini ialah Patrick Rigep Nuek iaitu salah satu bab dalam bukunya yang menyentuh tentang perubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Bidayuh Singai yang kebanyakannya mendiami daerah Bau. Haliza Mohd Riji dalam bukunya memaparkan tentang prinsip dan amalan dalam perubatan Melayu.


Kaedah kajian

Penelitian dilakukan dengan melihat sejauh mana pengetahuan generasi muda mengenai amalan perubatan tradisional masyarakat Melayu Sarawak. Pelajar-pelajar yang dipilih merupakan pelajar Melayu yang berasal dari negeri Sarawak. Antara lain amalan-amalan perubatan tradisional masyarakat Melayu Sarawak yang dimuatkan untuk tujuan kertas kerja ini adalah seperti dalam Jadual 1.

Bersembor membawa maksud menyediakan campuran pinang dan sireh untuk dilumurkan pada perut bayi dan seterusnya dibalut dengan kain yang dikenali sebagai ‘kain tapal’bagi memastikan bayi tidak mengalami sakit perut akibat dimasuk ‘angin’. Terdapat juga sembor yang diperbuat daripada cengkih, pinang, dan kapur. Untuk merawati bayi yang mengalami sawan ataupun kekejangan yang disebabkan angin, ramuan jintan hitam dan bawang merah digunakan untuk ‘menyembor’. Bertacam pula merupakan istilah yang digunakan untuk berbekam.

Umumnya, bagi masyarakat tradisional Melayu Sarawak, tungku ini diperbuat daripada bata ataupun batu sungai yang dipanaskan di atas bara api dan seterusnya dibalut dengan daun mengkudu untuk lapisan pertama dan kain ataupun tuala nipis untuk lapisan kedua. Bawang dipercayai boleh mengeluarkan dan mengurangkan ‘angin’ yang dipercayai penyebab sakit kepala. Selain campuran ini, sesetengah golongan tua juga mengamalkan campuran daun bunga raya, jintan hitam dan bawang merah yang digiling atau ditumbuk dan diletakkan di dahi bagi mengeluarkan angin dan seterusnya mengurangkan sakit kepala. Campuran pucuk daun bunga raya yang diramas di dalam air dan dilumurkan di seluruh kepala juga diamalkan oleh sesetengah masyarakat bagi menangani masalah sakit kepala.

Dalam hal ini, kapur dicampur dengan sedikit air dan dicalit ataupun dilukis dalam garisan di bahagian yang sakit. Pelbagai penyakit ini dipercayai berasal dari ’angin kotor’ yang menyebabkan seseorang sakit pada bahagian kaki, badan, perut, kepala, muntah-muntah, dan dalam keadaan tertentu menggeletar tubuh badan. Dalam hal ini, kain ataupun baju yang berwarna hitam diperlukan untuk mengipas pesakit. Tidak diketahui penyebab kain yang berwarna hitam diperlukan.

Semasa ‘mengipas’ bacaan yang berupa pantun temuan dilafazkan untuk ’melepaskan’ angin kotor tersebut dan pada bacaan akhir kain ataupun baju tersebut mestilah dicampakkan ke tepi atau jauh daripada pesakit. Cara lain yang dikatakan sangat berkesan untuk menangani masalah gatal demam campak termasuk menggunakan campuran pupur cap amoi dan air, dan disapu keseluruhan badan dengan diikuti dengan lafaz doa sifa’. Walau bagaimanapun, jenis bunga-bunga yang dikhaskan untuk kawasan perkuburan seperti bunga nerjas, bunga tanjung, atau bunga kemboja dilarang sama sekali untuk digunakan untuk tujuan ini. Sekiranya tiada sirih, maka kertas tisu boleh digunakan untuk tujuan yang sama.


Bagi melegakan dan menyembuhkan bengkak dan sakit akibat terseliuh ataupun dalam dialek Melayu Sarawak

Untuk tujuan ini, bahan-bahan yang diperlukan ialah ‘bangle’ iaitu sejenis tumbuhan akar, asam, garam dan buah pala. Bahan-bahan ini perlu ditumbuk atau digiling halus dan diletakkan di bahagian yang terseliuh dan dibalut dengan kain. Kasei yang diperbuat dari campuran beras dan tumbuhan akar dipercayai berkesan membuang penyakit. Sarawak, amalan menjemur bantal dan memukul bantal tersebut pada bahagian tengkuk yang sakit sebanyak 7 kali sering dilakukan kerana dipercayai boleh melegakan sakit tersebut.

Campuran beras yang digoreng tanpa minyak, dan dicampur dengan daun jambu ‘merabas’ dikatakan berkesan membantu mengurangkan sakit dan kekerapan seseorang yang mengalami masalah cirit-birit.


Nilai amalan perubatan tradisional masyarakat Melayu Sarawak

Tambahan pula, penggunaan herba dan tumbuh-tumbuhan seperti bawang merah, bangle, entemu, sirih, asam, garam, buah pala, bawang putih dan sebagainya terbukti boleh mengurangkan kesakitan bagi sesetengah penyakit seperti bengkak terseliuh, sedu, sakit kepala dan sebagainya.


Islamiah

Perubatan tradisional dan moden.

Komentar