Amalan Perubatan Tradisional Masyarakat Melayu Sarawak
Icha Andari Pujianingrum Amalan Perubahan Tradisional Masyarakat Melayu Sarawak Akibat modenisasi dan arus globalisasi amalan budaya tradisional yang diamalkan oleh golongan tua dalam masyarakat Melayu Sarawak yang semakin kurang dipraktikkan mahupun diketahui oleh generasi muda. Justeru, kajian ini akan menampung kelompangan ini, iaitu bertujuan untuk mendokumentasikan amalan-amalan perubatan tradisional seperti ‘beconteng’, ‘bepaus’, ‘bekebo’, ‘besembor’, dan sebagainya yang sering diamalkan oleh generasi lama masyarakat Melayu Sarawak apabila menangani masalah-masalah ringan berkaitan kesihatan seharian mereka. Sorotan kajian amalan perubatan tradisional Amalan perubatan tradisional merupakan salah satu daripada tradisi yang penting diamalkan oleh sesebuah masyarakat secara turun temurun. Antara kajian yang meneliti amalan perubatan tradisional ini ialah Patrick Rigep Nuek iaitu salah satu bab dalam bukunya yang menyentuh tentang perubatan tradisional yang diamalkan oleh masya...